Wednesday, June 3, 2009

kereta power


Inilah kerja kami
Beberapa bulan kebelakangan ini adalah waktu yang paling sibuk buat kru KERETA yang semuanya bersemangat nak cepatkan terbitan majalah di pasaran. Semuanya berlumba-lumba kerja termasuklah mereka yang sebelum ini lebih banyak masanya berborak perihal tepi kain orang lain. Encik Volume 13 (yang terpaksa dirahsiakan identitinya), juga lebih kerap berada di kilang percetakan sebab tak tahan kena sembur dengan kru KERETA sebab kualiti printing yang macam #$@%@$. Tatacara kerja juga telah kami susun semula agar semua orang lebih bertanggungjawab pada tugas masing-masing. Jadi, tidak akan lagi jadi isu kata jurugambar ambil gambar tak cun. Bila dah ditunjukkan perbandingan kualiti printing dengan yang di depan monitor PC, barulah tahu betapa terernya jurugambar mengambil gambar. Terutamanya kru yang shooting malam. Hah, barulah sedar bahawa kualiti cetakan memang tahap bukan level profesional.
Kerja juga telah membawa kru ke serata tempat. Bulan lepas, kami ke Johor Bharu dan Kluang. Bulan ini ke Teluk Intan, bulan depan tak tau lagi pasal gaji belum dapat. Eh apasal gaji lambat bulan ni hah? Takpe, nasib baik duit 3 bulan lepas tak habis pakai lagi. Bard mana? Khabarnyaskandalnya telah terbongkar. Beliau dikatakan sedang menyorok di sebuah lokasi yang tidak dapat dipastikan.
Minggu depan, kami juga akanmenghantar kru ke Surabaya. Sapa lagi kalau bukan Mat Kuntau yangsebenarnya saya kesian sebab dia tak habis ungkit pasal apa dia tak dapat pergi Jepun. Kesian juga tengok dia ni. Tak habis-habis merajuk. Dahlah muka buruk. Edisi Julai kami akan masukkan sekali pusingan Autoblackthrough Surabaya yang juga ironik kerana ia adalah pusinganpembukaan pertama pertandingan pada tahun ini. Ini adalah disebabkan jadual PEMILU iaitu pilihanraya umum Indonesia yang hanya berakhir April lalu.
Kerja juga adalah satu benda yang tidak ada penghujung. Bila berjumpa dengan mat-mat kereta, ramai yang bertanya macamana kami boleh menulis dan masih mampu menulis tanpa bosan dan kekeringan idea. Kalau tanya pada saya, jawapannya mungkin subjektif. Pada saya, semuanya perlu bermula dengan minat. Kalau minat, maknanya kita akan berfikiran positif dan idea bagus akan datang. Tapi ada kalanya jem juga otak nak fikirkan corak penyampaian yang sesuai dengan masa. Persaingan dengan majalah lain di pasaran juga adalah perkara positif yang akan menjadikan kami terarah mencari cara lain untuk memastikan majalah ini lain daripada yang lain. Errr..kalau saya masukkan sekali rencana motor atau cerita misteri sekali macamana?
Corak penyampaian juga telah menjadi satu identiti. Namun begitu ada yang kurang senang dengan stail Mat Kacau, Mat UIA, saya dan Pirdaus menulis. Mat UIA sikit-sikit “bahkan”, Mat Kacau dengan Pirdaus Lu-Gua-Lu-Gua lepas tu dengan lawak slapstik. Oh lupa, tadi saya baru habis edit di bahagian grafik. Tiba-tiba rasa nak tergolek gelak baca tajuk “Combi Kg Pisang”, dah lama story ni masuk, sampai saya pun lupa yang tajuk tu saya yang bagi.
Tapi apa yang pasti dari komen keseluruhan, corak ini diterima pembaca. Bukan kami hendak memuji diri, tetapi setelah hampir 10 tahun saya duduk di meja ini, saya dapatmerasakan bahawa kami telah dapat menarik pembaca baru yang sebelum ini samada tak pernah baca majalah berunsurkan kereta ataupun membaca majalah lain. Tak kisahlah, Sebenarnya kalau anda beli banyak sikit setiap bulan, ada harapanlah kami nak cekik Tn Ashri mintak naik gaji dengan tambah elaun perumahan. Setiap orang beli 5 nashkah. Amacam?

No comments:

Post a Comment